Sunday, April 29, 2012
Cuti2 Jakarta-Bandung
Azam tahun 2012 telah terpacai iaitu nak bercuti .Perancangan telah diatur sejak bulan Januari dan akhirnya pada bulan April 18hb telah berangkat ke Jakarta dengan penerbangan KLM dari KLIA. alhamdulillah sampai jugak ke sana. Pesawat KLM yang best..
Kumpulan kami seramai 24 org. Sampai di Jakarta kami di bawa terus ke Bandung menaiki mini bas persiaran. Keesokan pagi kami di bawa ke Tangkuban Perahu iaitu salah satu gunung berapi yang masih aktif di Bandung.
Kami kemudian di bawa ke Pasar Baru di mana tempat tersebut adalah tempat membeli belah yang dapat tawar menawar. Setelah penat kami di bawa makan tengah hari di restoran masakan Padang.
Hari kedua kami masih di Bandung dan kali ini di bawa ke Factory outlet, cibaduyut dan toko 3. Juga tempat membeli belah.
Hari ke-4 kami kembali ke jakarta dan terus di bawa ke Thamrin city setelah makan tengah hari.
Hari ke-5 kami di bawa ke Mangga 2 untuk membeli belah. Setelah itu bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment